Friday, August 15, 2008

Gendang Gamelan

Gendang gamelan mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu. Ia merupakan jenis gendang dua muka iaitu compound hole dan berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada permukaan besarnya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi dan pada permukaan kecil dengan belulang kambing. Teknik meregang bagi belulang-belulang tersebut ialah dengan menggunakan jalinan tali daripada kulit dan disalurkan melalui gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit dan berfungsi sebagai alat tala (tune). Kebanyakan daripada gendang tersebut dibawa dari Jawa bersama alat Gamelan perunggu yang lain. Dalam konteks persembahan ia dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain dan mampu menghasilkan suara mnemonik seperti 'doh' pada permukaan besarnya dan mnemonik 'tak' pada permukaan kecilnya. Dalam tradisi Gamelan di Johor jenis gendang seperti ini terdapat dalam berbagai ukuran dan ia dibuat oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan mereka. Gendang dua muka juga berfungsi sebagai penyokong irama dalam ensemble yang berkaitan seperti persembahan Wayang Kulit Purwa dan Kuda Kepang.

No comments: